Mazhab Islam

Read a book the other night.

Its a Novel Sejarah Islam by Abdul Latip Talib entitled Imam Syafie : Pejuang Kebenaran.

Had just read the Introduction. hehe. The book is in Malay so, let me share with you in my native language yeah :)

4 Imam Besar

Ada 4 Imam Besar yang perlu Umat Islam kenali ;
1. Imam Ahmad bin Muhamad bin Hanbali (Mazhab Hanbali)
2. Imam Muhamad bin Idris @ Imam Syafie (Mazhab Syafie)
3. Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi)
4. Imam Malik (Mazhab Maliki)

Perbezaan pendapat antara mereka hanyalah berkaitan dengan masalah kecil atau cabang hukum agama yang melibatkan kepentingan masyarakat yang berbeza-beza. Kesemua Imam ini berpegang kepada Quran, Hadis  & Sunnah Rasulullah s.a.w. Keempat-empat mazhab ini berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kenapa dan Bagaimana wujudnya perbezaan Mazhab?

Selepas Rasulullah wafat, wujud pelbagai perselisihan pendapat antara Umat Islam. Akibatnya, tercetus Perang Jamal & Perang Siffin. Bermulanya dari peperangan inilah, wujudnya Kaum Syiah & Khawarij, diikuti fahaman Muktazilah, Qadariyah & Jabariyah. Akhirnya muncul fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Munculnya 4 Mazhab ini kerana pada masa itu, Umat Islam tidak lagi berpegang kepada Quran & Hadis.

Pada masa kini, terdapat 73 fahaman sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. Mengikut Baginda, hanya satu akan masuk Syurga iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pecahan 73 fahaman adalah seperti berikut :
1. Syiah - 22 aliran/pecahan
2. Khawarij - 20 aliran/pecahan
3. Muktazilah - 20 aliran/pecahan
4. Murjiah - 5 aliran/pecahan
5. Najariah - 3 aliran/pecahan
6. Jabariyah - 1 aliran
7. Musyabihah - 1 aliran
8. Ahli Sunnah Wal Jamaah - 1 aliran

Perbezaan fahaman

1. Syiah - Berlebih-lebih memuja Saidina Ali bin Abi Talib - Tidak mengakui Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab & Uthman Affan.

2. Khawarij - Membenci Saidina Ali bin Abi Talib, ada yang mengkafirkannya - sanggup membunuh Saidina Ali & keluarganya.

3. Muktazilah - Berfahaman Tuhan tidak bersifat & manusia berkuasa keatas diri sendiri - Baik buruk bergantung pada pilihan sendiri - Manusia x boleh lihat Tuhan walau di Syurga - Syurga & Neraka serta penghuninya tidak kekal.

4. Murjiah - Percaya orang Islam & beriman, sekiranya melakukan maksiat akan tetap masuk Syurga manakala orang Kafir yang membuat kebajikan akan tetap masuk Neraka.

5. Najariyah - Berpendapat manusia melakukan sesuatu perbuatan kerana sudah ditentukan Tuhan.

6. Jabariyah - Berpendapat untung nasib setiap manusia sudah ditentukan sejak azali lagi - manusia tidak mempunyai daya & upaya untuk ubahnya.

7. Musyabihah - Berpendapat Tuhan bersifat manusia - ada tangan, kaki, mata - duduk atas kerusi & turun naik di antara langit & bumi.

Interesting isn't it?
Semua fahaman ini adalah Islam.. Kita sebagai Umat Islam perlu ambil tahu hal-hal seperti ini, supaya kita x tergolong diantara 72 fahaman yang bertopengkan Islam tetapi tidak diredhai Allah. Astaghfirullah hal a'zim.

Insyallah tonight i'll continue with my reading, and later i'll share them with you :) Later ~

Comments

Popular Posts