"Mungkin Tuhan Mulai Bosan..."
I've been watching and reading some news people shared on the internet these days.
There are three main issues caught my attention.
BANJIR.HARGA BARANG.WEDDING.
1. BANJIR (johor, pahang, terengganu, kelantan)
Hanya gambar yg membawa khabar berita. Ku dengar dari mulut rakan bapaku disana, air naik dengan cepat, begitu cepat katanya. Habis harta benda disapu bersih. Ramai yg hanya sehelai sepinggang. Masalah utama adalah makanan. Kesihatan. Ramai yg berduit, tapi bank tidak beroperasi. Mcmana nak ambik duit? Ada yg ada duit, tapi tiada makanan, walaupun roti, tiada yg dijual, tiada untuk dibeli. Semuanya rosak, tiada bekalan mknn. Dalam kekalutan ini, ada jugak 'makhluk2' yg bergiat aktif, tanpa kenal erti penat lelah.. mereka tetap tanpa segan silu, mencuri. Byk lagi yg ku dengar, yg ku baca.. terima kasih rakyatmu ucapkan. Rakyat sekalian, didahulukan kah kita?
2. HARGA BARANG (di NegaraKu ini, ada satu sahaja yg xnaik.. hujan-which explains the banjir)
Minyak, cukai, gula, kadar tarif elektrik, tol, tiket public transport... semualah! Semua naik. Menghairankan sungguh. Bapaku kata tanah air ini nampaknya semakin mundur, dari segala segi, ekonomi, pentadbiran, pendidikan... juga agamanya.. semakin mundur. Tetapi ini semua sbnrnya sudah dijangka. Ramai ku lihat, rakyat2 mengeluarkan kata2 kesat dek mendengar jwpn2 yg sesungguhnya sgt 'munasabah dan bijak' dari pemimpin2 yg dipilih oleh rakyat. Ini semua sudah dijangka. Sungguh. Rakyat telah diberi 'warning', ramai yg mendengar tetapi malangnya rasuah lebih menggoda. Sayang. Sayang sungguh. Aku malu akan pemimpin2 negaraku, pernah aku diberi peluang menghadiri sidang parlimen, mereka bergelak tawa, ejek mengejek, langsung tiada hormat, langsung tiada ciri pemimpin. TIADA. In the end, yg miskin jadi papa yg kaya jadi raja. Inikah 1Malaysia yg dicanang2?
3. WEDDING (bangganya mereka, besarnya ujian mereka)
Pernah sekali ustazahku dulu memberitahu, sekiranya kita berasa semua keinginan kita dimakbulkan tuhan tanpa apa2 kesusahan, sekiranya kita berasa sangat senang, bagaikan petik jari terus dpt.. ingatlah itu mungkin petanda tuhan menjauhi kita. Lagi byk kesenangan yg kita dpt, semakin lalai kita, semakin kita lupa, semakin kita hanyut, semakin kita jauh. Dlm isu wedding of the year ni, bagiku adalah ujian yg sgt besar utk pengantin2nya. Tuhan bagi semuanya, dan apa yg kamu buat dgnnya? Semakin jauhkah kamu atau sebaliknya? Tetapi ingat, ini juga ujian untuk org disekeliling pengantin2nya. Apa reaksi kamu? Mencaci? Memaki hamun? Menfitnah? Ini juga ujian kepada kita.
There's more to say. More. But i think this is enough. Let me end this post with a song. Well, a lyric. It's one of my favourite songs. Do read the lyric, especially the last stanza.
BERITA KEPADA KAWAN by ABIET G ADE
Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan
Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap kering rerumputan
Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari
Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
Wallahu'alam. Until next post, xoxo.
Comments